Katakan..

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Tuesday 7 September 2010

Zakat fitrah.. jangan tunggu last minute..

Facebook (12) | Messages - zakat fitrah.. jangan tunggu last minute..


Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]

Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]

Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.

Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]

Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.

Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).

Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.

Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.

Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.

Keterangan:
Sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan.

Dasar ini secara umumnya termasuk di bawah arahan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis(maksudnya):”Mulakanlah dengan diri kamu sendiri...” [HR.Muslim]

Sunday 29 August 2010

Cinta kepada Allah SWT.


Ibnul Qayyim mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pd dunia, gantunglah dirimu hanya kpd Allah. Ketika orng lain merasa gembira dgn dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orng lain merasa bahagia dgn kekasih2 mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dgn Allah.& ketika orng lain pergi mengadap raja2 & para pembesar mereka tuk mengais harta & mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul2 mencintai Allah.

Sunday 8 August 2010

Sifat munafik.


Diambang Ramadan yang mulia ini marilah kita berhati2 dengan sifat2 munafik yang boleh merosakkan ibadah puasa kita. Iaitu seperti sabda Rasulullah saw, Tanda2 munafit itu ada tiga perkara pertama bila bercakap ia bohong, kedua bila berjanji dimungkiri dan ketiga bila diberi amanah dikhianati. Wallahua'lam

Persiapan Ramadan.


Sebelum kita memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan:

1. Berdoa kepada Allah s.w.t. agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Juga memohon kepadaNya supaya memberikan kekuatan untuk melaksanakan shaum, qiyamullail dan amal sholeh lainnya didalam bulan tersebut.

2. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa. Tidak seharusnya seseorang yang melakukan puasa Ramadhan berbuka dengan makanan dari hasil riba, wang rasuah dan penghasilan-penghasilan haram lainnya. Tidak patut seseorang yang menjalankan puasa disatu sisi namun disisi lainnya ia meninggalkan solat 5 waktu yang merupakan Rukun Islam kedua. Demikian pula mereka yang pada siang hari menahan lapar dan dahaga namun malam harinya tenggelam bersama dentuman musik, asap rokok dan minuman beralkohol.

3 Berusaha untuk memahami hukum-hukum berkaitan dengan shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, pembatal-pembatalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan, larangan, sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga tentang amalan lain yang berkaitan dengan bulan Ramadhan seperti qiyamullail, zakat fitrah dan perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan keluarganya ketika bulan Ramadhan.

4. Mempersiapkan acara-acara dalam mengisi bulan Ramadhan. Di antara kegiatan yang perlu ditekankan adalah qira'atul Qur'an, mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh
yang lain secara umum.

Wednesday 4 August 2010

Takbir raya